24 Januari 2013 Saya bangun awal. Ummi mandikan dan siapkan saya macam selalu.
Lepas mandi saya baring dengan ummi. Saya tak tahu pun haritu hari cuti sebab saya masih bayi. Bayi comel macam saya mana amik port pasal cuti. Bagiku, hari-hari pun cuti, dapat berkepit bawah ketiak ummi saya.
Ayah bincang-bincang dengan ummi. Saya diam je buat muka kesian. Harap-harap mereka bawa saya keluar berjalan-jalan. Ummi datang ke arah saya.
Ummi pakaikan saya baju lawo. Siap kasut hi-cut lagi kau! Eh bukan 'kau'. Bayi tak elok cakap kasar. Ummi dan Ayah nak bawa saya berjalan-jalan hari ini!
Ramai yang bertanya saya 'bagaimana pengalaman handle baby yang fully BF sewaktu keluar bersiar-siar?' Nampak sangat bila ada orang desak suruh buat entry, barulah terkial-kial kita ni nak menulis. Sorry wa pu che tau!
Pengalaman pertama membawa Irdina keluar adalah ke Ikea. Mula-mula dia sedang tidur dalam stroller. Bila Ummi dan ayah baru nak start makan, dia pun start engine untuk nangis. Ummi standby bawa botol susu, hulur kat mulut dia, langsung dia tak mahu. Ummi berlari ke nursing room. Sementara tu ayah makan seorang diri laju-laju. Ummi dan irdina kembali semula ke meja.
Irdina masih menangis. Ayah pula dukung Irdina. Ummi makan lajulaju.
Laju sangat sampai 4 ketul meatball tak sempat nak habiskan sebab rupanya Irdina mengamuk sakan! Berlari la ummi membawa stroller menuju ke ayah dan Irdina. Pendek kata, status: FAIL! Lepas cubaan kali kedua dan ketiga akhirnya berjaya keluar membawa bayi tanpa perlu panic-panic. Usaha berhasil! Ummi dia kaki jalan, so memang kena train anak juga supaya bertenang ketika berada di dalam stroller. Oleh kerana Irdina ni fully breastfeed dan TIDAK mahu minum melalui botol, maka banyak benda perlu dipikirkan dan dibawa sebelum kemana-mana.
Baju pun sekarang bukan semua baju boleh pakai untuk keluar, kena pakai baju yang senang nak menyusukan anak. Tapi saya tak beli pun baju khas utk BF sebab sudahla mahal, design tidak cantik pulak tu. Bila dah jadi ibubapa ni, perkara penting ketika berjalan-jalan ialah NURSING ROOM. Supaya mudah bayi nak salin pampers serta selesa untuk ibu menyusukan anak.
Sekarang saya gunakan nursing cover comel ini. Dipanggil Peek-A-Boo Nursing Cover Oh begitu memudahkan! Sebab senang nak jengah baby.
Senang bagi anak lihat muka kita. Biasalah bayi, kalau tak nampak muka emaknya, pasti akan menjerit panic! Malahan boleh digunakan kedua2 bahagian.depan (bercorak) dan belakang (plain).Material cotton yg tak panas. Dan sangat senang digunakan. Pendek kata saya suka!
Walaupun seperti apron, i dont care tau. Paling penting, menutup keseluruhan!! RM40.00 (beli di booth jualan sempena Fab Baby Bazaar di Publika). Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya. Al-kisahnya macamana boleh tahu saya pregnant adalah ketika nak mintak dokter ubat untuk cepatkan period sebab masa tu saya nak pergi menunaikan umrah.so kalau boleh sepanjang kat sana nak berada dala keadaan suci. Rugi la kan dah sampai sana sekali terperiod pulaksss, so nak buat amal ibadah pun tak puas. Masa tu tunggu punya tunggu period tak mari-mari.
Saya langsung tak expect pregnant sebab takde pening-pening, pitam-pitam macam 1st pregnancy dulu. Last-last dah nak dekat tarikh flight, saya dah risau sebab masih belum jumpe dokter lagi nak amik ubat period tu, check2 tengok laaaaa sudah berisi rupanya! Syukur alhamdulillah.belum sampai ke tanah suci lagi Allah dah makbulkan doa saya untuk 'langsung tak period' sepanjang berada di sana, malahan selama 9 bulan!! Dan kat depan Kaabah sepanjang masa saya berdoa. Berdoa, pandang Kaabah dan tangan pegang perut saya, semoga Allah lindungi baby tu sampai dia lahir.sekurang-kurangnya bagi saya peluang lihat dia dulu.Pada yang pernah baca entry saya tentang kandungan pertama dulu, tahulah mengapa saya berdoa sedemikian.